Khamis, 16 Januari 2014

kambing

Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya. Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada...

Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli...

Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini? tanya pembeli

Kerana aku sangat perlukan wang. Jawab Pak Abdul

Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit? Tanya Pembeli..

Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia.

Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?

Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku.

anak bapak

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak. Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok ni Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit. Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

burung kakak tua

seorang pelanggan memasuki kedai burung dan berhajat untuk memiliki seekor burung kakak tua.

pelanggan: cik, disini ada tak jual burung kakak tua?
tuan kedai: sudah tentu encik.(sambil tunjuk kearah hujung kedai).
pelanggan: erm.bagaimana pula dengan harganya?
tuan kedai: hujung yang sebelah kiri itu harganya RM1,000.
pelanggan: kenapa sebegitu mahal???
tuan kedai: owh, burung itu mampu berkata-kata dan tahu menggunakan komputer.
pelanggan: wah.hebat skali.bagaimana dengan yang tengah tu?
tuan kedai: yang itu harganya RM 1500.
pelanggan:???
tuan kedai: burung itu mampu berkata-kata dalam 5 bahasa dan juga boleh menggodam serta boleh repair komputer.
pelanggan: sungguh menakjubkan.yang akhir itu?
tuan kedai: harganya RM2500.
pelanggan: lagi mahal?? adakah ia mampu buat lebih dari ape yang dua ekor tadi lakukan?
tuan kedai: erm.saya tidak pernah nampak ia berbuat ape-ape pun.tapi kedua-dua burung tersebut panggil ia BOSS.
pelanggan:?????????

kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Politik

seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti politik. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti politik itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami.Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya.

Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.

Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti politik.Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan.